DARI MEJA PENGETUA

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera.
Penubuhan sesebuah institusi pendidikan di negara kita adalah seiring dengan
Falsafah Pendidikan Negara dan arus perdana yang melanda peradaban dunia.
Saban hari kita menyaksikan perubahan demi perubahan berlaku dan mahu tidak
mahu tempiasnya akan sampai juga ke bilik darjah kita. Cuma, kita mengharapkan
tempias perubahan ini tidak akan menghanyutkan jati diri kita sebagai anak Malaysia.
Apabila kita berbicara tentang pengetahunan, peranan sekolah tentulah tidak dapat
kita pinggirkan. Sekolah merupakan sebuah institusi dan landasan manusia
memperoleh pengetahuan formal. Justeru, peranan guru adalah amat penting dalam
menyampaikan pengetahuan, sekalipun komputer dan internet telah sedikit
sebanyak mengambil alih tugas guru.
Di SMK Jerai, kecemerlangan menjadi impian setiap warganya. Kita berusaha untuk
mencapai kejayaan yang sudah tentunya memerlukan banyak pengorbanan
daripada guru, staf dan para pelajarnya. Tanpa pengorbanan yang ikhlas, kejayaan
kita akan menjadi hambar dan terpinggir. Para pelajar perlulah mengharap sedaya
mungkin kemampuan dan kebolehan mereka dalam semua bidang. Komitmen dan
iltizam yang menyeluruh dan semangat berpasukan (team work) di kalangan guru
mestilah sentiasa ditingkatkan. Untuk mencapai kecemerlangan yang luar biasa, kita
mungkin memerlukan masa dan perancangan yang teliti, namun dengan usaha yang
gigih oleh semua pihak, insya Allah impian kita akan menjadi kenyataan. smkjerai.edublogs.org akan menjadi wadah untuk kita merakam dan mengabdikan segala kecemerlangan
yang bakal kita realisasikan itu.
Realitinya di bahu kita terpikul segala harapan dan impian itu. Marilah kita bersama-sama mengatur langkah menuju kecemerlangan itu dan memastikan SMK Jerai bukan
hanya sebuah sekolah bernama tetapi sebuah sekolah yang ternama.
Sekian, Terima kasih.

MOHAMMAD BASRI BIN HUSAIN

Pengetua SMK Jerai.